• Main
  • LATAR BELAKANG MASJID

LATAR BELAKANG MASJID

MASJID AL-MUHTADIN

KARIAH KG. BUKIT KECHIL, PAYA DALAM, MELAKA.

.

.

LATAR BELAKANG

.
Masjid ini terletak di Solok Bukit Kechil, Paya Dalam, Mukim Bukit Lintang, Daerah Melaka Tengah, iaitu di KM. 14 dari Bandar Melaka. Pembinaan masjid tersebut telah diusahakan oleh Allahyarham Sidang Hj. Omar bin Hj. Sirat @ Hj. Abdullah dengan daya usaha dan kerjasama penduduk setempat, iaitu pada tahun 1913 yang mana sumber kewangan dihasilkan dari kutipan penduduk Kampung Paya Dalam yang di ketuai oleh Allahyarham Tuan Hj. Hashim bin Karso.
.

REKA BENTUK

.

Pada asalnya reka bentuk Masjid tersebut berbentuk "Bumbung Tiga Tingkat" dengan tiang sebesar "dua pemeluk" sepanjang lebih kurang 9 kaki. Sebanyak empat batang tiang yang beratapkan genting dan berdindingkan separuh batu bata dimana telah didirikan oleh hanya empat orang sahaja iaitu pada jam 12.00 tengah malam pada hari Jumaat tanggal 12 Muhharam. Di antara orang yang telah mendirikan tiang tersebut ialah Tuan Hj. Nor Majman (Wak Wario) Tuan Hj. Yusof (Yusof Payang) dan Datuk Sidang Hj. Omar bin Hj. Abdullah.
.
Pada masa itu masjid ini digunakan oleh penduduk dari sekitar Kg. Paya Dalam, Bukit Durian sehingga tahun 1925, Bukit Nibung sehingga tahun 1930, Paya Redan (Bukit Tasik) sehingga tahun 1930 an dan Paya Tanjung.
.
Dengan pertambahan bilangan penduduk pada tahun 1965 masjid lama telah diperbesarkan dan diperbaharui reka bentuknya dengan pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan. Selepas itu dibuat pengubahsuaian dengan di tambah ruang di kiri kanan bangunan masjid di mana sumber kewangan diperolehi dari derma orang ramai dan sebahagian dari kerajaan.

Gambar Bangunan : Masjid Kariah Kg. Bukit Kechil Paya Dalam, Melaka

(Pembinaan Tahun 1913)

.

.

TAPAK BANGUNAN

.

Tapak bangunan masjid dan tanah perkuburan seluas 5 ekar telah diwakafkan oleh:
Allahyarham Tuan Haji Omar bin Haji Sirat @ Haji Abdullah
.
Pada tahun 2010 masjid tersebut telah diberi nama:
Masjid Al-Muhtadin (Orang yang mendapat petunjuk)
.
Buat masa ini Masjid ini digunakan bagi jemaah dari kariah solok-solok berikut:
Solok Bukit Kechil, Solok Bukit Gadung, Solok Batu Puteh, Solok Surau Batu, Solok Tanjung Mak Midah, Solok Paya Meranti, Solok Kg. Tengah, Taman Paya Dalam dan Taman Sri Paya Dalam yang mana kesemua kawasan mengandungi hampir 482 buah keluarga.
.

.

.

PEGAWAI SYARAK YANG TELAH BERKHIDMAT TERDAHULU

.
IMAM
Allahyarham Tuan Haji Hasbullah bin Haji Asa’ari
.
IMAM
Allahyarham Tuan Haji Masduki bin Haji Jabar
.
IMAM
Allahyarham Tuan Haji Ab. Hamid bin Abdullah
.
IMAM
Allahyarham Tuan Haji Ikhsan bin Haji Hasim
.
IMAM
Allahyarham Tuan Haji Yaakop bin Haji Aziz
.
IMAM
Allahyarham Tuan Haji Markom bin Haji Makmor
.
IMAM
Allahyarham Tuan Haji Ansor bin Haji Abd. Manan
.
.
BILAL
Allahyarham Tuan Haji Yunus bin Abdullah
.
BILAL
Allahyarham Tuan Haji Majid bin Abdullah
.
BILAL
Allahyarham Tuan Haji Salleh bin Mangun
.
BILAL
Allahyarham Tuan Haji Istamar bin Haji Salleh
.
.
NOJA
Allahyarham Tuan Haji Marzuki bin Haji Md. Yunus